27 Disember 2010

LAWATAN KERJA KPP BTPN KEDAH KE PKG SG. LIMAU

Tuan Haji Md. Zin Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah Bahagian teknologi Pendidikan Negeri Kedah telah mengadakan lawatan kerja ke PKG Sg. Limau pada 26 Disember 2010.

Dalam lawatan singkatnya itu, beliau telah mengambil kesempatan untuk menziarahi kematian ayahanda kepada Pegawai Teknologi Pendidikan PKG. Sg. Limau, Encik Jamaluddin pada hari yang sama.

Banyak pandangan dan perkongsian ilmu dan pengalaman yang telah diberikan oleh Tuan Haji Md Zin kepada staf PKG Sg. Limau semasa lawatannya itu. Beliau turut melawat kemudahan-kemudahan yang terdapat di PKG Sg. Limau.

PTP 1, PTP 2, Juruteknik, dan Pembantu Tadbir PKG Sg. Limau merakamkan ucapan terima kasih menggunung tinggi kepada Tuan haji Md Zin atas kesudian melapangkan masa melawat dan seterusnya berkongsi ilmu dengan kami.

Adalah diharapkan agar Tuan Haji dapat lagi memberi input yang baik bagi tujuan penambahbaikan kepada PKG ini.

REKOD CUTI STAF

1. En. Jamaluddin Hj. Suaib:
Bercuti selama 3 hari bermula 27 - 29 Disember 2010.
(Cuti Tanpa Rekod - Kematian Ayahandanya)

2. En. Mohd Shafik Suratman:
Bercuti selama 1 hari - 27 Dis. 2010


Sekian untuk makluman.