03 Januari 2011

GARIS PANDUAN PEMASANGAN TALIAN INTERNET DI SEKOLAH YANG MENGGUNAKAN PERUNTUKAN KERAJAAN


1. Pemilihan, Pendaftaran dan Pemasangan

a) Pihak Sekolah bertanggungjawab untuk memilih dan melantik Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) untuk tujuan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) serta Pengurusan dan Pentadbiran (P&T) di Sekolah.
b) Semua urusan berkaitan penyediaan perkhidmatan internet termasuklah permohonan dan pendaftaran adalah di bawah tanggungjawab pihak sekolah dan ISP yang telah dipilih.
c) Pemilihan ISP adalah berdasarkan kepada perkhidmatan dan pakej terbaik kepada pengguna.
d) Jangka masa pendaftaran dan pemasangan adalah mengikut tarikh yang difikirkan sesuai dan sekolah bertanggungjawab dalam memastikan pemasangan dibuat dengan betul dan mengikut terma yang telah dipersetujui antara Sekolah dan ISP.
e) Pemasangan Peralatan boleh dibuat samada di pejabat atau di makmal komputer sekolah atau di mana - mana yang difikirkan sesuai oleh sekolah untuk disambung dengan persekitaran Rangkaian
Dalaman Setempat (LAN) di sekolah.
f) Pemilihan lokasi pemasangan adalah mengikut kesesuaian pihak sekolah dengan berasaskan kepada tujuan untuk Pengajaran dan Pembelajaran serta Pentadbiran dan Pengurusan sekolah.

2. Status Perkhidmatan Sedia Ada Di Sekolah

a) Bagi Sekolah yang ingin mengekalkan pekhidmatan dengan Pembekal Perkhidmatan Internet sedia ada iaitu GITN, urusan pembaharuan adalah dibuat sendiri oleh pihak sekolah.
b) Bagi Sekolah yang telah memiliki atau melanggan perkhidmatan internet selain dari pihak GITN, Sekolah boleh meneruskan perkhidmatan tersebut atau boleh memilih untuk melanggan
perkhidmatan baru dengan syarat tidak melebihi peruntukan dan kelajuan yang telah dihadkan.

3. Had Pemilihan Kelajuan Lebar Jalur (bandwidth)

a) Sekolah boleh melanggan kelajuan lebar jalur atau kemudahan internet sehingga berkelajuan 8Mbps bergantung kepada infrastruktur lebar jalur yang disediakan di kawasan masing-masing atau kelajuan maksimum yang ditawarkan oleh pihak ISP berdasarkan kepada had
maksimum RM600.00 sebulan. Pihak Sekolah juga tidak boleh menggunakan lebihan peruntukan untuk tujuan lain.
b) Bagi sekolah yang terletak di kawasan yang mempunyai kemudahan Infrastruktur Fibre to the School (FTTS) atau yang apa-apa teknologi seumpamanya seperti di zon Pulau Pinang, Lembah Kelang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, keupayaan lebar jalur yang dibenarkan melanggan adalah 10Mbps dan tertakluk kepada had maksimum RM600.00 sebulan.
c) Bagi Sekolah-sekolah yang terlibat dengan pelaksanaan teknologi FTTS sedia ada dengan pihak GITN, maka peruntukan akan diberikan berdasarkan kepada kos sebenar sedia ada.

4. Aspek Keselamatan

a) Sekolah bertanggungjawab menyediakan garis panduan kepada pengguna di sekolah.
b) Aspek keselamatan adalah di bawah tanggungjawab sekolah meliputi aspek berikut:
i. Keselamatan perkakasan;
ii. Keselamatan data dan maklumat;
iii. Tatacara penggunaan dan akses ke internet;
iv. Virus, pencerobohan dan ancaman keselamatan siber;
v. Etika dan tatacara penggunaan internet;
vi. Penyambungan ke rangkaian dalaman atau ke komputer lain;
vii. Keselamatan internet secara pakej hendaklah diberi keutamaan.
viii. Kata kunci keselamatan adalah di bawah tanggungjawab pihak sekolah; dan
ix. Mana-mana aspek yang menimbulkan keraguan, pihak sekolah boleh melihat dan mendapatkan maklumat lebih terperinci dalam garis panduan yang boleh dimuat turun melalui laman http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/guideline/

c) Pihak Sekolah hendaklah memastikan agar Sekolah tidak terikat dengan apa-apa kontrak yang boleh memberi kesan negatif atau implikasi perundangan sehingga menjejaskan nama baik kerajaan.

5. Peruntukan dan Lain-lain

a) Pembayaran hendaklah mengunakan peruntukan pecahan objek pembayaran utiliti sekolah.
b) Peruntukan yang diagihkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri adalah untuk tempoh maksimum satu (1) tahun sahaja bermula Januari 2011 sehingga tempoh yang akan dimaklumkan kelak oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
c) KPM melalui JPN akan menurunkan peruntukan tambahan ke semua sekolah berstatus Pusat Tanggung Jawab (PTJ) bagi tujuan perkhidmatan internet
d) Bagi sekolah yang bukan berstatus PTJ, pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah akan membuat pembayaran berdasarkan kepada bil internet berkenaan.
e) Peruntukan bagi perkhidmatan internet yang diagihkan adalah bagi tujuan mendapatkan perkhidmatan sambungan ke internet sahaja manakala kos-kos lain yang terlibat khususnya pembelian perkakasan atau peralatan adalah tidak termasuk dalam pakej ini.


Hari Pertama Persekolahan 2011

SK Sungai Limau

Pra-Sekolah Pra Baiduri, SK Sungai Limau, Yan

 Ibu bapa setia menunggu

 Gerbang Pra Baiduri, SKSL

 Bapa Mithali: Bapa di luar,anak di dalam

 Alololo....












 Adik ni nak mengajar..


MACAM-MACAM ....