Perkakasan komputer boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan.
1. Komputer Sistem Asas
Komputer Sistem Asas terdiri dari sebuah komputer yang mempunyai perkakasan yang paling sedikit. Biasanya digunakan untuk menulis rencana atau kerja-kerja mudah. Senarai Perkakasan Sistem Asas;
Papan induk (Motherboard):
Hampir kesemua perkakasan akan diletak di atasnya.
Prosesor (Microprocessor atau CPU):
Memproses data untuk keseluruhan sistem. Kotak komputer, bekalan kuasa dan kabel kuasa (Casing, power supply dan power cable).
Ingatan capaian rawak (RAM):
Memori sementara yang penting.
Cakera keras:
Storan untuk sistem operasi dan aplikasi.
Pemacu cakera liut:
Membaca dan menulis data ke disket 1.4MB.
Kad Video (Video card):
Untuk memproses dan menghantar data video ke skrin.
Monitor:
Paparan untuk dilihat aktiviti komputer.
Papan kekunci (Keyboard):
Peranti input yang penting.
Tetikus (Mouse):
Peranti input kedua yang penting.
2. Komputer Sistem Multimedia
Komputer Sistem Multimedia terdiri daripada sebuah sistem yang mempunyai bunyi dan boleh memainkan video cakera padat (VCD), Cakera padat (CD). Senarai perkakasan sistem multimedia yang dicampur dengan perkakasan sistem asas seperti di bawah;
Kad bunyi (Sound card) :
Menghantar data audio ke pembesar suara.
Pemacu CD-ROM (CD-ROM drive) :
Membaca data dari CD, VCD dan CDROM.
Mikrofon (Microphone) :
Tujuannya untuk berkaraoke dan sembang dalam talian.
Pembesar suara (Speaker) :
Mengeluarkan bunyi atau suara dari sumber kad audio.
3. Komputer Internet Tersedia
Komputer yang disediakan modem (Internet Ready) untuk melayari internet. Senarai perkakasan sistem Internet, tambahan kepada sistem asas seperti di bawah.
Modem luar atau dalam:
Perkakasan untuk disambungkan ke ISP dan melayari Internet.
Akaun TM-net atau Jaring:
Akaun untuk mendapatkan hak melayari Internet.
Satu talian telefon untuk sambungan:
Satu media yang membantu menyambungkan komputer dengan ISP.
Papan Induk (Mother Board)
Papan induk boleh dianggap sebagai salah satu perkakasan yang sangat penting dalam sesebuah komputer. Pemilihannya bergantung kepada tugasan yang hendak dibuat dan kemampuan upgrade. Di atas papan induk akan diletakkan pelbagai perkakasan seperti CPU, RAM, kad-kad tambahan dan sebagainya. Ini bererti, semasa membeli papan induk, buatlah pemilihan yang bijak kerana perkakasan boleh ditambah tanpa perlu menukarkan papan induk. Ada berbagai-bagai jenis papan induk mengikut prosesor yang hendak digunakan.
Papan induk datang dalam bentuk AT dan ATX. Papan induk AT telah berada di pasaran sejak sekian lama. Papan induk ATX memasukkan komponen seperti Port COM1, COM2, LPT1, USB dan PS/2 di atasnya tidak seperti papan induk AT. Dengan sendirinya, papan induk ATX memeriukan kotak komputer jenis ATX dan bekalan kuasa jenis ATX juga.
Komponen-komponen papan induk
Papan induk mempunyai pelbagai komponen di atasnya dan berbeza dari sebuah ke sebuah mengikut jenis CPU yang hendak digunakan. Komponen-komponen yang dimaksudkan seperti di bawah,
BIOS akronim bagi sistem input-output asas (basic input-output system), akan beroperasi dengan sistem mengenai maklumat perkakasan komputer semasa startup. la menyokong pemindahan data antara peranti-peranti perkakasan. Kebanyakan BIOS di papan induk kini sudah Julus pepijat Y2K yang menjadi masalah besar semasa menjelang tahun 2000 dahulu. Apa yang sebenarnya berlaku, pada masa mula-mula komputer dibina, storan terlalu kecil dan penjimatan ruangan menjadi kritikal. Untuk menyelamatkan keadaan, tahun diberi dua angka sahaja dan apabila tiba tahun 2000, sistem akan beranggapan tahun berbalik kepada 1900. Kekeliruan ini disebut sebagai pepijat Y2K dan dibetulkan dengan menukar perisian atau perkakasan Y2K serasi.
Cache Aras 2 (L2 Cache) di papan induk sebenarnya sejenis RAM statik (static) bagi tujuan mempercepatkan operasi komputer. Lagi banyak cache lagi baik dan biasanya papan induk kini dibekalkan sebanyak 512 KB atau lebih.
Cipset adalah litar-litar bersepadu dalam satu unit untuk melakukan beberapa tugasan biasa. Dalam papan induk, tugas cipset bagi menentukan berbagai-bagai perkara penting seperti kelajuan sistem bas, jenis PAM atau memori yang boleh digunakan, jenis CPU dan lainlain lagi. Satu papan induk dengan yang lain amat berbeza bergantung kepada kemampuan dan kecanggihan sesuatu cipset itu. Sesetengah pengeluar meningkatkan taraf kemampuan cipset dan papan induk yang sama sudah boleh melakukan perkara-perkara yang lebih baik dari sebelumnya.
Jenis jumper perlu juga diambil perhatian. Ada papan induk menggunakan jumper fizikal dan sesetengahnya jenis suis. Jumper jenis ketiga pula menggunakan CMOS setup untuk setkan jumper secara perisian. Kebanyakan papan induk kini juga ada kombinasi CMOS setup dan jumper flzikal atau jumper dan suis.
Slot RAM bagi SIMM dan DIMM seharusnya mencukupi untuk tugasan. Slot SIMM mempunyai 72 pin dan DIMM pula 168 pin. Slot RAM di papan induk kini kebanyakannya jenis DIMM. Pemilihan RAM harus sesuai dengan papan induk agar kedua-duanya beroperasi dengan baik.
Komponen slot tambahan ISA, PCI dan AGP sangat penting juga diberi perhatian, terutama slot PCI yang kini banyak perkakasan jenis slot tersebut. Slot tambahan AGP pula untuk kad grafik yang lebih baik dari segi prestasi dan resolusi.
Slot FDD dan HDD adalah untuk pemacu cakera liut dan cakera keras. Satu slot FDD boleh menampung dua pemacu cakera liut dan empat penyambung IDE0 dan cakera keras untuk IDE0 dan IDE1. Ada kalanya sesetengah pengeluar IDE1 dinarnakan IDE1 dan IDE2 mengikut perkakasan.
Penyambung bekalan kuasa AT dan ATX kadang-kadang dibekalkan dalam satu papan induk, biasanya terdapat pada papan induk jenis lama. Kebanyakan papan induk kini dibekalkan dengan penyambung ATX saja memandangkan keperluan voltan 3V untuk litar-litar tertentu dalam papan induk ATX berkenaan.
Penyambung USB seharusnya dibekalkan untuk semua papar induk kerana perkakasan jenis USB kini kian banyak. USB 1.1 memindahkan data antara perkakasan jenis USB dengan komputer pada tahap 12 mbps iaitu 12 megabit sesaat. Keluaran terbaru USB 2.0 bcleh menghantar data sepantas 480 mbps.
Komponen pengkalan (port) COM1, COM2 dan penyambung papan kekunci bersiri digunakan untuk disambungkan ke tetikus bersiri, modem luar dan papan kekunci bersiri mengikut susuran. Port LPT1 (Line printer terminal) pula untuk perkakasan seperti pencetak, pengimbas, kamera video dan sebagainya.
PS/2 bererti 'personal system', penyambung yang digunakan kebanyakan komputer berjenama. Perkakasan seperti tetikus dan papan kekunci kerap menggunakan kemudahan ini.
CMOS bermaksud complementary metal-oxide semiconductor untuk menyimpan maklumat perkakasan seperti jenis storan, jumlah RAM serta waktu dan tarikh. Untuk mengubah senarai perkakasan dalam menu CMOS, tekan kekunci Del berulang kali semasa komputer sedang dimulakan.