24 Januari 2011

Guna Premis PKG Sg Limau

MESYUARAT PENYELARASAN AKTIVITI SAINS DAN MATEMATIK
NEGERI KEDAH 2011

Peserta    : Penolong-penolong PPD Negeri Kedah
Tarikh       : 24 Januari 2011
Masa        : 8:00 pg - 5:00 ptg
Anjuran     : Jabatan Pelajaran Negeri Kedah









SEKOLAHKU DUNIAKU: SK PADANG LUMAT


SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Padang Lumat terletak di Km 25 Padang Lumat Jalan Alor Setar-Sungai Petani. Kedudukan sekolah kira-kira 100 meter dengan jalan raya tersebut. Sejarah asal sekolah ini adalah berdasarkan kepada catatan Tn. Hj. Ibrahim bin Shafie, bekas Guru Besar.

Berdasarkan catatan tersebut sekolah ini diasaskan sebelum perang dunia ke 2 lagi iaitu pada tahun 1934 oleh beberapa orang pemimpin tempatan dan dengan sokongan ibu bapa. Sekolah ini dinamakan Sekolah Rakyat Padang Lumat dengan murid seramai 34 orang dan diajar oleh seorang guru iaitu En. Ahmad bin Endut.

Pada tahun 1939, murid sekolah ini bertambah kepada 100 orang dan bil guru bertambah kepada 3 orang. Bangunan sekolah pada masa itu hanya berukuran 60X16 kaki. Dinding diperbuat daripada buluh, atap nipah dan berlantaikan tanah sahaja. Masa berlakunya perang dunia akhir tahun 1941, sekolah ini telah dibakar oleh tentera Jepun semasa mereka singgah di sini.

Pada tahun 1949, Jawatankuasa Pengasas telah ditubuhkan untuk membina semula sekolah ini dengan bangunan seluas 60 X 30 kaki. Tiang bulat, atap zink, dinding papan dan lantai simen. Bilangan murid pada masa itu seramai 70 orang dan 4 orang guru.

Pada tahun 1952, sebuah bangunan 150 X 25 kaki didirikan oleh Jabatan Pelajaran yang dirasmikan pada 11 Mei 1952 oleh Pegawai Daerah Yan. Sekolah ini menerima bantuan penuh kerajaan pada 15 April 1961. Guru kerajaan yang berkelayakan juga dihantar. Guru Besar yang pertama ialah En. Ibrahim bin Shafie dan En. Omar bin Ismail sebagai penolongnya.

Pada tahun 1977 satu bangunan 2 tingkat didirikan untuk menampung peningkatan pertambahan murid. Pada tahun 1981 satu bangunan 2 tingkat telah didirikan dan telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran ketika itu Yang Berhormat Dato' Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 6 November 1984.

Dengan terdirinya bangunan tersebut kekurangan bilik darjah telah dapat diatasi. Pengajaran dan pembelajaran telah dapat dijalankan dengan lebih baik.