27 Januari 2011

Kanak-kanak dan Kamera





Perhatikan 3 keping gambar ini. Apa yang dapat anda simpulkan?

Cerita di sebalik gambar ini:

Sewaktu saya (Luqman Hidayat) dan Encik Jamaluddin ke SK Guar Chempedak awal Januari lalu, kelihatan seorang guru dan pengawal keselamatan sedang memujuk murid ini (dalam gambar) yang mahu pulang. Menangis dan meronta-ronta di hadapan surau berdekatan pintu pagar utama SK Guar Chempedak. Melihat situasi itu, saya dan kamera (Canon D80 - bukan tujuan promosi) terus memujuk dan mengambil beberapa keping gambar murid ini.

Hasilnya, seperti dalam gambar atas. Akhirnya dia ke kelas semula.
Begitulah kanak-kanak dan kamera!