07 Februari 2011

Buat Tuan Ketua Penolong Pengarah BTPN Kedah

Ucapan Tahniah kami kalungkan buat Tuan Haji Md Zin Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah atas kurniaan Darjah Bintang Cemerlang Kedah (BCK) sempena Keputeraan Sultan Kedah ke-83.

Warga PKG Sungai Limau dan sekolah-sekolah kelompok mengucapkan Tahniah buat Tuan. Semoga penganugerahan bintang ini akan menyemarakkan lagi semangat Tuan dalam memacu pengurusan BTPN Kedah ke arah yang lebih cemerlang - secemerlang darjah bintang yang Tuan terima. Juga semoga Tuan diberi taufik dan hidayah dalam mengurus BTPN Kedah dan diberi kesihatan supaya Tuan dapat jalankan amanah ini dengan lancar. Amin. Tahniah!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan